Maklumat NADI

Maklumat Pi1M | April 18, 2016

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG PELANGI 

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) dan MSD Digital Intelligence di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada perkhidmatan dan merapatkan jurang digital diantara masyarakat bandar dan luar bandar.

NADI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar, untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan NADI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar.

Objektif penubuhan NADI adalah seperti berikut;-

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI.
  • Merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.

Maka itu,  NADI Kampung Pelangi telah diwujudkan pada tahun 2016 yang terletak di kawasan berhampiran dengan SESB dan perumahan kampung Pelangi , Kinabatangan untuk memberi kemudahan perkhidmatan capaian internet kepada masyarakat setempat. Disamping itu, latihan ICT dijalankan bagi melahirkan masyarakat setempat yang celik ICT dan usahawan online menerusi program Kisah Kejayaan.

 

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian komuniti setempat, kemudahan IT seperti 10 buah komputer dan perisian, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh penolong pengurus.

 

Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Pengguna digalakkan untuk mendaftar RM5 sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

 

PERKHIDMATAN  &  WAKTU OPERASI

  • Fotokopi/Photocopy
  • Cetakan/Printing
  • Imbasan/Scanning
  • Laminate
  • Binding
  • Kelas ICT

 

Buka : Isnin – Ahad (Kecuali Cuti Umum)

Masa : Jam 8.00 Pagi – 5.00 Petang

                                  

 PETUGAS

Pengurus 

Nama : Jasliahwati Binti Asamah

No.Telefon : 014-8923465

 

Penolong Pengurus

Nama : Khairunnisa Binti Abd Aziz

No.Telefon : 019-8079773

 

Alamat Portal  :  https://kgpelangi.nadi.my

Media sosial : https://www.facebook.com/PIKgPelangi/

 

Nombor Telefon NADI Kampung Pelangi : https://wa.me/601162679608

Alamat 

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL NADI 
KAMPUNG PELANGI
JALAN SESB BUKIT GARAM
90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH.