Kemudahan Asas
KINABATANGAN
KINABATANGAN: Kinabatangan, daerah terletak di timur Sabah, lebih kurang 329 kilometer dari Kota Kinabalu, sememangnya kaya dengan keunikan dan keistimewaan tersendiri terutama dalam aspek ekopelancongan yang menyajikan keindahan panorama alam semula jadi.
Berkeluasan 7,542 kilometer persegi, daerah ini juga merupakan pintu masuk pelancong domestik dan antarabangsa yang ingin melihat sendiri hidupan liar seperti gajah Borneo, monyet proboscis dan Orang Utan di sepanjang Sungai Kinabatangan, sungai kedua terpanjang di Malaysia.
Daerah terkenal dengan tanaman eksotik durian merah itu mempunyai seramai 198,100 penduduk majoritinya suku kaum Sungai, selain merekodkan 44,773 pengundi masing-masing 23,163 lelaki dan 21,610 perempuan melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuamut, DUN Lamag dan DUN Sukau.
Sebanyak 50 peratus penduduknya terlibat dalam bidang pertanian; perusahaan perniagaan (25 peratus); pelancongan (15 peratus); manakala 10 peratus lagi berkecimpung dalam sektor penternakan dan perikanan.
Sudah banyak prasarana asas dibangunkan di pekan utama daerah ini seperti masjid, hospital, klinik kesihatan, perpustakaan awam, mahkamah,pasar awam,perkhidmatan pos, kemudahan perbankan serta bangunan komersial bagi merancakkan lagi pembangunan sosio-ekonomi penduduk setempat.
ANTARA KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI DAERAH KINABATANGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Agro Bank
- Pejabat Pendidikan Daerah
- Balai Bomba
- Pasar Awam
- Dewan Masyarakat
- Mahkamah
- Hospital Daerah Kinabatangan
- Klinik Bukit Garam
- Perpustakaan Daerah Kinabatangan
- Masjid Daerah Kinabatangan
- Rumah Mesra Rakyat (PPRT/SMJ)
- Balai Polis Daerah Kinabatangan
- Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam
- Sekolah Kebangsaan Menengah Bukit Garam II
- Sekolah Kebangsaan Rendah Kota Kinabatangan
- Sekolah Kebangsaan Rendah Bukit Garam II
- Pejabat Daerah Kinabatangan
- Majlis Daerah Kinabatangan
- GiatMara
- FAMA
- Pejabat Pos
- Arena Sukan (Belia)
- Perumahan LPBB (Taman Permata)
- Perumahan SPNB (Taman Sejahtera Pelangi)
- SESB
- Jabatan Air Kinabatangan

ANTARA KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG TERDAPAT DI DAERAH KINABATANGAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
- Kemudahan Infrastruktur Jalan Raya ( Pan Borneo)
