April 2026 – Kelas ICT Microsoft Word Level 1

Laporan Aktiviti | April 9, 2026

Laporan April 2026 –  Kelas ICT Microsoft Word Level 1

Tarikh: 2-6/4/2026
Masa: 8.00 pagi -5.00 petang
Lokasi: NADI Kampung Pelangi
Peserta: 5 orang
Tujuan 
Tujuan kelas asas Microsoft Word adalah untuk memberi pendedahan dan membina kemahiran asas dalam penggunaan perisian pengolah kata, merangkumi teknik menaip, menyunting, memformat dokumen, serta meningkatkan produktiviti kerja. Kelas ini memudahkan peserta mencipta dokumen rasmi, surat, dan laporan dengan lebih cekap.
  
Aktiviti 
Pengenalan Asas: Memberi pendedahan mengenai fungsi asas MS Word.
Kemahiran Menaip & Menyunting: Mengajar cara menaip dengan betul dan menyunting dokumen.
Format Dokumen: Melatih kemahiran memformat dokumen, seperti mengubah saiz tulisan, gaya tulisan, dan mengatur perenggan.
Penyisipan Objek: Mengajar cara memasukkan gambar, jadual, dan carta ke dalam dokumen.

Gambar